Bercuti di Krabi 2


Sambungan entry lepas klik di sini Krabi 1

Hari kedua kami amek pakej Phi Phi Island full day termasuk lunch,harga pakej RM90 sorang lepas nego2. Pakej ni kami cari area hotel kami jugak,ok la dapat yang murah, rata-rata yang kami jumpa diorang letak harga RM 100++. Pandai-pandai la anda cari dan bargain. Island hoping kali ni kami naik speed bot,laju memang laju la,lebih kurang pukul 9 pg kami bertolak dan tiba destinasi yang pertama iaitu Bamboo Island...subhanallah..cantiknya ciptaaMu...laut membiru menggamit pandangan..


depan speed bot kami

ni speed bot belakang kami
Bamboo Island

Kami sempat mandi manda di sini,pantainya yang landai memang best nak mandi . Selepas puas mandi,kami semua naik bot ke destinasi seterusnya iaitu snorkeling di open sea,agak dalam tapi ok jer kalau pakai life jacket kan..huhu,xde ape menarik pun coral banyak yang mati dan ikan pun kurang, cantik lagi Tioman

Bamboo Island

Bamboo Island

syok nyer my darling tido

open sea


siapakah ini


snorkeling yang kedua,ikan da banyak gak compare yang sebelum tu



Seterusnya kami pergi lunch di Phi phi don,di sana macam-mcam ada lebih kurang Aonang cuma lebih mahal kalau nak beli cenderahati,better beli kat Aonang jer.


phi phi don


Destinasi seterusnya viking cave,gua tempat kutip sarang burung katanya


viking cave


sekejap jer sekadar lalu amek gambar then kami ke phi phi leh lagoon...subhanallah...terpukau dengan keindahan batu kapur serta air lautnya yang biru kehijauan..jernih pulak tu..rasa nak terjun jer


laluan masuk

dikelilingi oleh batu kapur..mengasyikkan


harus ada pic kami berdua berlatar belakangkan phi phi leh lagoon



Destinasi terakhir yang paling popular iaitu Maya Bay...memang sangat cantik pun,popular sebab  lokasi  penggambaran filem The Beach lakonan Lionardo dicarpio. Pasirnya halus putih cam tepung,gebu jer,so kalau nak berjalan bukak la selipar tu dan rasailah kegebuan pasirnya di kaki anda..hehe




Maya Bay

cantik kann








cuaca tersangat la panas,terbantut nak mandi


lorong ke tandas




Balik dari Island Hoping,ingat nak amek pakej gajah tapi x sempat so x dapat la nak naik gajah,petangnya kami sempat menyaksikan sunset di tepian pantai Aonang..wah cantik



sempat lagi berposing di patung ni





Malamnya kami keluar lagi cari cendrahati nak bawak balik,beli magnet jer pun..huhu,penat berjalan-jalan,makan kemudian balik bilik berkemas untuk balik keesokknya, flight pukul 8,so kena bangun awal dalam pukul 6 kami bertolak dari hotel ke Airport,makanya berakhirlah sudah cuti-cuti krabi. 



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama