Jalan-jalan Bukit Tinggi






Alhamdulillah cuti hujung minggu yakni hari ahad lalu kami ke Bukit Tinggi Pahang. Perjalanan dari rumah ke Bukit Tinggi lebih kurang sejam sahaja,dekat jer..


Suasana sini memang tenang dan nyaman jer,walaupun tengahari rembang still dingin sejuk tapi tak la sesejuk di Cameron,dalam gambar nampak macam berkabus padahal jerebu..huhu


Apa yang menarik dekat Bukit Tinggi ni yer antaranya

1- Rabbit Park

Saja jenjalan bawa si kecik Salahuddin main dengan arnab,aha dekat sana juga ada Rabbit Park, bukan ada arnab je tau, ada juga rusa,kuda,burung Merak. Kat sini boleh bagi makan sendiri, makanan boleh di beli dengan staf di situ. Kalau bawak budak-budak memang seronok di sini enjoy jer. Cer tengok gelagat Salahuddin ni,berkejar-kejaran dengan arnab sambil bagi makan. Haiwan-haiwan di sini sangat jinak ok, boleh belai dan bermain-main sambil bergambar. 


alhamdulillah ada orang offer nak tolong snap gamba kami



Rabbit Park





2. Colmar Tropicale 

Apa tarikan utama yang ada di Bukit Tinggi ni,sudah tentu lah bangunan-bangunan cantik ala French tu,ok tempat ni namanya Colmar Tropicale. Kasi gambar sikit










































dari atas menara



































3. Japanese Village

Tempat tarikan lain yang boleh di kunjungi di sini adalah Japanese Village,Mula memang taknak pergi sebab kena mendaki tapi somi cakap alang-alang dah sampai redah je lah..ok jomlah kita mendaki. Memang agak penat tapi berbaloi lah naik atas tu tenang jer suasananya,udara pun segar..boleh sewa kimono di sini 15 minit rm 20 kot...bajet takde sory,tak payah kimono sangat lah, jalan mesti terkepit-kepit camno nak kejor si Salahuddin yang lasak nih...


suasana tenang dalam Japanese Village

asal lepas jer nak berjalan menerokalah si kecik ni




JAPANESE VILLAGE




rehat jap sambil makan biskut


Jom balik mama



Not bad tempat ni,setengah hari dah boleh pusing 1 tempat ni,kalau yang nak menginap di sini ada jer resort 4,5 bintang di sini,kami tak mampu dik non...kalau dah bosan dengan shopping mall etc time cuti hujung minggu boleh la lari ke sini sekejap.ni bagi yang tinggal di KL la yer...ok tata










1 Ulasan

  1. bestnya! teringin nak pegi. in shaa Allah satu hari nanti sampai sana.heee:)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama