Bercuti di Krabi 1

Assalamualaikum..

Masih lagi entry kategori percutian..(^_^)

Kami ke Krabi pada bulan Mac yang lalu selama 3 hari 2 malam iaitu dari 12-14/3/13.Turut serta bersama kami ialah member kepada husband dengan isterinya. Kat mana Krabi ni? bagi yang tak tahu, Krabi terletak di Selatan Thailand.Istimewanya Krabi ni majoriti penduduknya orang Islam dan  mempunyai pantai yang cantik di sekitarnya antaranya seperti Koh Phi Phi yang menjadi tarikan pelancong. Seriuss laut Andaman memang cantik. Dulu pernah merancang nak drive jer masuk Thailand melalui Bukit Kayu Hitam tapi mungkin agak memenatkan so nak senang naik flight je. 

Kami merancang percutian ni 4 bulan awal time Air Asia buat promosi tiket 11sen..hehe,tapi untuk harga tiket sahaja,belum termasuk charge tax RM 55,so untuk 2 orang dalam RM 200 ++ pergi dan balik. Ok sangat la kan mana nak dapat pergi bercuti luar negara tiket 50 hinggit kan. Nama pun percutian budget..ngee



Air port Krabi
Dari Airport Krabi kami menaiki teksi ke Aonang lebih kurang dalam 45 minit gitu...RM 60 dikenakan inilah teksinya. Best kan..hehe





Apa yang menarik kat pekan Krabi? macam pekan Koboi jer..hehe..tapi sepanjang perjalanan kami ke Aonang,kami disajikan dengan pemandangan yang cukup menenangkan serta jalan raya nyer yang  cantik xde lubang2 dan tampal2 macam kat Malaysia ni walau hanya jalan kg. Memang mengagumkan.


Perkara penting yang perlu anda tahu tentang Krabi :


  • Time di Krabi lewat sejam yer dari Malaysia so sesampai jer sana haruslah set balik masa ikut sana,kalau x nnti terkeliru.
  •  Thailand ni guna Baht sebagai mata wang dia so 100 baht = RM 10. Kat mana nak tukar duit ni,kami pergi Giant jer tukar, tapi seeloknya tukar jer kat sana lagi murahhh..percayalah cakap saya...huhu. Dekat Aonang bersepah jer Money Changer,tunggu pilih jer tapi kena pandai cari rate yang murah lah yer.
  • Cuaca di Krabi panas menyengat,seawal 9 pg pun matahari dah terik memancar.
  • Peak season dalam bln Nov-April,mungkin harga hotel,chalet,pakej sume agak mahal yer

Sampai jer tempat menginap kami di Aonang Grand Inn, muka memasing cam x percaya..eh biaq betol hotel kami ni,indah gambar dari rupa gamaknya,grand la sangatt..huhu,tapi bila masuk bilik not bad la padan dengan harga yang murah tu RM70 jer semalam,nasib baik bilik ok sume kalau tak mau kami lari cari hotel lain..

Ok hotel yang kami menginap ni lebih kurang 15 minit dari pantai kalau jalan kaki,memang agak strategik kedudukannya dekat dengan pantai, kedai makan,kedai mengurut kalau rasa lenguh2 kaki. Kawasan Aonang ni lebih meriah tau berbanding Pekan Krabi, so kalau nak menginap better di Aonang, lebih happening terutamanya waktu malam. Kalau nasib agak baik jumpa la miss-miss 'nyah' yang cun..hehe..Kebanyakan kedai dibukak pada waktu malam, memang meriah suasananya.

cimb thai
Thailand pun ada cimb yer,tapi charge mungkin agak mahal kalau nak keluarkan duit,tapi kalau terdesak haruslah lah kan





Pantai Aonang,cantik kan,boleh jer kalau nak mandi manda




Tuk-tuk,kenderaan femes di sana,x sempat nak naik



 gerai-gerai di pekan Aonang


Nak cari makan kat Krabi ni senang jer sebab ramai peniaganya Muslim,so x payah risau pasal makanannya. Antara makanan popular di Krabi adalah penkek. Inilah makanan pertama kami saat tiba di Krabi
penkek nutella..nyumm...nyumm harga RM 3 = 30baht
Rindunya kat penkek ni,sedap woo.. wajib cuba yer . Antara makanan lain yang wajib cuba adalah tomyam,tapi yang kami makan tu tak berapa sedap..kena pandai cari lah yer.

Memandangkan kami sampai awal dalam pukul 10 camtu,so kami bercadang buat aktiviti melawat pulau dengan menaiki longtail bot,kami sewa satu bot dalam RM250. Pakej melawat 4 pulau iaitu Poda Island,Tup Island,Pharanang cave n chicken island


Bersiap sedia nak naik bot..ada berani ker naik bot ni..layan jer


longtail bot

Poda Island


Hentian pertama,Poda Island,memang cantik..rileks dan boleh mandi manda

Cantik x??





batu kapur


Salah satu tarikan di Krabi adalah bentuk muka buminya yang berbatu kapur, cantik dan unik




Chicken island


Tup Island

Memang awesome

Untuk pengetahuan anda di sinilah antara lokasi penggambaran filem Kaho Naa Pyar Hai lakonan Hritik Roshan dan Amisya Patel...huhu..ni mesti kaki hindustan..x lah sangat,baru perasan bila dok wat research pasal Krabi


pertembungan antara 2 pantai





Pharanang Cave

Just lepak jer

macam2 ader di jual kat bot tu,kreatif kan depa


Habis sudah aktiviti pulau,kat Krabi ni banyak pulau,kalau nak melawat sume x dapat laa,esoknya ada lagi Island Hoping ni,pantainya lagiii cantik dan awsome,so kira wajib pergi kalau ke Krabi,kami balik ke hotel lebih kurang pukul 5ptg, masing-masing dah penat,rileks jap kat bilik,malam keluar balik merayau cari makan, kami hanya berdua jer,yang 2 orang lagi tu tengah lena dalam bilik..penat sangat kot...kami yang kelaparan ni terpaksa la keluar jugak tapi memang best jalan malam2..happening jer






So tamatlah sudah episod pertama percutian ke Krabi,aikk ada lagi ke sambungannya..inn..syaa.. Allah next entry yer



إرسال تعليق

أحدث أقدم