Bercuti di Pulau Tioman 1

Assalamualaikum..

Entry kali nih versi cuti-cuti Malaysia..hehe

Sebab utama entry ini dibuat sebagai panduan bagi sesapa yang nak bercuti ke Pulau Tioman,sebelum pergi bercuti ke mana-mana kena la buat research dulu tak gitu?? at least kita dah ada gambaran awal tentang tempat yang nak dituju,bukan main redah jer kan. Perkara penting yang perlu diambil kira mestilah budget,pastu tempat tgl,tempat makan n others...

Actually,saya dan suami ke Pulau Tioman tahun lepas sekitar ujung bulan September,perancangan last minute selama 3 hari 2 malam.Untuk pengetahuan anda waktu sesuai ke Pulau Tioman sekitar bulan Jun kerana faktor cuaca dan laut yang lebih tenang,best ckit snorkeling kan. Waktu yang tak sesuai pada bulan Oktober-Mac,sebab tengah monsun dan laut bergelora,kebanyakan chalet ditutup ketika ini.

Untuk yang pergi berdua cam kami ni elok naik bas jer dari TBS ke Mersing,naik malam sampai pagi. Daripada hentian bas Mersing ke jeti kena jalan kaki lebih kurang 20 minit berpeluh jugak la. Kami dah beli tiket feri masa sampai dekat hentian bas harga dalam RM 35 kalau tak cilap,ingat2 lupa dah. So bila dah  sampai kat jety haruslah tunggu dulu fery datang dalam pukul 9 gitu.Naik fery dalam 1jam 45 minit dah sampai kg Tekek iaitu tempat menginap kami. 

Kat Tioman ni ada 6 kg tau antaranya kg Salang,Genting,Paya,Air Batang dan Juara. So fery akan berhenti di setiap jety kg yang dilalui,oleh itu haruslah kena ingat nama kg kite yer..kang tersilap turun pulak.Kg Tekek area pekan yer senang cari makan n amek duit kat ATM, BSN jer ada. Antara kg yang jadi kegemaran pelancong adalah kg Salang sebab pantainya lebih cantik dan landai

Penat menaip,biarlah gambar berbicara ok..huhu 

Antara kg yang ada di Pulau Tioman..ahh indah terpesona

 Anak penyu yang cute berusia sehari..omei kan

en.suami depan chalet kami

mercu tanda Pulau Tioman


berbasikal versi Full House

sweet couple in sunset
Venice Malaysia

Layan feeling

kg Salang

sweet memories






Nak tahu budget bape??

RM 700 ++

Rujukan :

Tempat menginap : Kg Tekek
Chalet : RM 110 semalam
Fery : RM 14O (2 orang) pergi balik
Snorkeling : RM 140 (2 orang)
(belum termasuk sewa basikal,makan minum)

Ringkasan aktiviti :

Hari Pertama - sampai chalet,makan terus terjun laut depan chalet..huhu,petang merakam sunset di tepian pantai..indahnyaa..,malamnyer tido awal

Hari kedua : snorkeling trip pagi sampai petang

Hari ketiga : berbasikal jelajah kg,sampai kg Air Batang,teringin nak ke kg Juara tp terlalu jauh kena naik bukit maa...so cancel,dalam perjalanan singgah marine park snorkeling kejap..huhu..pukul 2 bersiap untuk balik...sedih.sob..sob

Sambung entry kedua snorkeling yang awsome (^_^)

2 Ulasan


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
Terbaru Lebih lama