Mendaki Bukit Tabur

Assalamualaikum...

Sudah bersawang blog aku ni maklumlah tuannyer sangat malas nak mengupdate cerita, mungkin mood peknen tu mempengaruhi sifat malasku..huhu

Al-kisahnya bercerita tentang peknen...alhamdulillah nikmat rezeki pemberian dari-Nya setelah hampir dua tahun menanti kehadiran baby, inilah masanya Allah tunaikan doa dan impian kami suami isteri. Sekarang dah masuk 7 bulan sudah dan selama itulah aku menyepi dari dunia blog...huhu

Bercerita tentang bukit Tabur, dah bnyak kes kan orang jatuh,alhamdulillah ketika kami mendaki tahun lepas dalam bln 9 camtu tak de perkara yang tidak diingini berlaku walaupun aku berbadan dua.:) sebulan kot masa tu..alhamdulillah Allah lindungi anak ini. Kalau aku tahu xdenyer aku menggagahkan diri panjat bukit macamtu...lepas seminggu mendaki tu baru ku tahu diri ini peknen..itu pun dah da simptom loya-loya baru nak pergi chek...

Apapun memori bukit tabur tetap diingatan,pestime kot mendaki bersama suami kan. Antara view di Bukit Tabur..layan kan jer

view empangan klang gate

subhanallah

bekpes nasi lemak pak nassir..hehe

dua laki bini pencinta alam kononnya

still kontrol macho


view klcc

kami 'bertiga' sbenanya






Kat maner yer bukit tabur ni...haa mesti ada yang x tau nih...kat belakang taman melawati KL jer pun atau dekat area zoo negara dan sungai kemensah..betoi ker aku ni..google la sendirik..hehe..bukit tabur memang osem ahh..

Ok kami start mendaki dalam pukul 11 pg camtu kot dan turun pukul 2 lebih..sekejap jer x sampai puncak pun,kami hanya sampai di chek point 4 kot kalu x silap..semuanya ada 11..wah x terdaki kot..laluannya x sesukar mana dan x mencuram sangat berbanding chek point selepasnya,mungkin Allah nak menjaga kandunganku yang masih baru lagi..wahai baby umi hang memang lasak okeh..my baby nanti mesti lasak macam umi dan ayahnya jugak..hehe..

berakhir sudah citer bukit tabur...

ok nak masak lunch my dear hb balik lunch kat umah plak..wassalam





إرسال تعليق

أحدث أقدم