Cinta di rumah Hassan al-Banna


Bicaraku pada kali ini adalah tentang "Cinta di rumah Hassan al-Banna" yang merupakan sebuah buku mengenai kehidupan seorang pejuang Islam iaitu Hassan al-Banna dalam membina sebuah  keluarga bercirikan Islam. Sentuhan pertama pendidikan itu seharusnya dimulakan dengan orang-orang terdekat yakni keluarga umpamanya sebelum melebarkan dakwah kepada manusia lain. .


Siapa Hassan al-Banna?

Beliau merupakan seorang pendakwah,reformis dan pengasas gerakan ikhwanul muslimin di Mesir. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang hebat di dalam gerakan Islam malah hebat jua sebagai ketua keluarga.   

Hal ini telah diceritakan sendiri oleh salah seorang anaknya iaitu Ahmad Saiful Islam tentang beberapa sifat peribadi Hassan al Banna antaranya adalah: 

-Mengamalkan makan bersama keluarga. Walau sesibuk manapun beliau sebagai seorang pendakwah,beliau tetap berusaha untuk meluangkan masa makan bersama keluarga.

-Tidak pernah meninggikan suara kepada isteri dan anak-anaknya. Sebagai pendakwah sudah tentu banyak tekanan mental dan fizikal terpaksa di hadapi namun hal ini tidak pernah di bawa ke dalam rumah

- Beliau sangat menjaga dan memerhati perkembangan anak-anaknya. Setiap anaknya mempunyai fail khas yang ditulis oleh beliau sendiri. Di dalam fail tersebut terkandung maklumat seperti maklumat-maklumat perubatan anak-anaknya, sijil-sijil pelajaran bersertakan catatan-catatan tentang kemajuan pembelajaran mereka. 

-Hukuman yang paling berat pernah beliau kenakan kepada anak-anaknya hanyalah mencubit telinga.

- Sifat pemurah kepada anak-anaknya dilihat apabila beliau memberikan wang saku kepada mereka sebanyak 3 Qurusy berbanding kanak-kanak lain yang puratanya mendapat suku atau setengah Qurusy sahaja daripada ibu bapa mereka.

-Beliau menyediakan satu perpustakaan khas buat Ahmad Saiful Islam. Ini adalah antara proses pentarbiahan beliau kepadanya.

- Beliau tidak melarang Saiful Islam membaca apa-apa jenis bahan bacaan termasuklah komik, namun beliau akan memberi bahan bacaan yang lebih baik untuk dibaca oleh Saiful apabila selesai membaca bahan bacaan yang diminatinya.

-Taat dan patuh bukan kerana takut tapi kerana kasih dan cinta. Saiful Islam bercerita, "ayah sangat lembut perasaannya, dia sangat memelihara perasaan anaknya. Dia mempunyai kemampuan untuk membuatkan kami patuh tanpa perlu di perintah untuk mentaatinya. Kami menganggapnya seorang yang berwibawa yang menyebabkan kami mudah mengikutinya dan tidak mahu melawannya."

Subhanallah... indah bukan,moga Allah merahmati rohnya...saya sertakan beberapa wasiat Hassan al-Banna kepada kita generasi umat Islam kini

  1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
  7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

-Tanggungjawab melebihi masa yang ada-



2 Ulasan

Terbaru Lebih lama