Mudahnya Menjemput Rezeki



Assalamualaikum....selamat pagi sahabat sekalian..

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menikmati pagi yang tenang dan nyaman ini..
moga dipermudahkan segala urusan hari ini.

Kali ni nak bercerita sikit tentang buku yang saya dah baca iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki . Sebenarnya buku ni saya dapat free, alhamdulillah rezeki...tapi kalau beli pun berbaloi kot sebab memang best sangat. Setelah baca buku ni persepsi saya  tentang rezeki dah berubah. Tahukah kita bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah daripada mencarinya? Buku ini boleh merungkai bagaimana dikatakan menjemput rezeki itu. 

Semua orang bertarung mencari rezeki,ramai yang berkeluh kesah tak cukup rezeki. Buku ini cuba memberikan perspektif baru mengenai rezeki. 



Antara isi kandungan buku ini :

Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?
  • Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
  • Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
  • Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
  • Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
  • Bab 5 : Harta & Rezeki
  • Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
  • Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman
  • Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
  • Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
  • Bab 10 : Kunci Rezeki
Bahagian 2 : Menjemput Rezeki
  • Bab 11 : Menjemput VS Mencari
  • Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
  • Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
  • Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
  • Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
  • Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa
  • Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
  • Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
  • Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
  • Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma’ ul-Husna
  • Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
  • Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha
Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki
  • Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
  • Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
  • Bab 25 : “Tolonglah Anak Saya, Ustaz”
  • Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat
  • Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya
  • Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia
  • Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
  • Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen
  • Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
  • Bab 32 : Sebuah Keajaiban
  • Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
  • Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat
Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?
  • Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini
  • Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
  • Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
  • Bab 38 : Inilah Impian Kita
  • Bab 39 : Strategi Ghaib
  • Bab 40 : Bertaubatlah!!
” Saya berazam agar setiap mata yang pernah memandang Al-Quran perlu diberi peluang memandang buku ini. Sungguh MENJEMPUT REZEKI lebih mudah dari mencari rezeki. Inilah yang mahu saya sampaikan.” oleh Penulis Tuan Fathuri Salehuddin.

Dengan mengamalkan apa yang ada dalam buku ini,rezeki akan 'mengerumuni' kita,sehingga kita 'terpaksa' menerima rezeki bukan berkeluh kesah tentangnya. Sesungguhnya rezeki akan menjadi mudah bila kita melakukan apa yang Allah suka.

Harga :RM18

Berminat dengan buku ini boleh sms/whatsapp saya 013-2738493






1 تعليقات

أحدث أقدم