Belajar Domain dan Hosting


domain hosting netkl




Assalamualaikum...

Pembukaan entry tahun 2013! Last entry tahun lepas bulan September (^_^) lama tu bertapa..

Entah kenapa semangat berblog merudum padahal start berblog dari tahun 2009 tak silap time saya study di UKM..masa tu rajin la update blog.. baru belajar kenal blog katakan. Bila abih belajar ingat-ingat lupa ada blog yang perlu di beri perhatian..huhu

Semangat berblog kembali lagi..moga sentiasa berkobar-kobar lah yer menghupdate blog..
kenapa tetiba jer ada semangat nie...haa sudah tentulah dengan perubahan status seorang isteri yang merupakan surirumah sepenuh masa ni..hehe,banyak masa terluang mengadap laptop merewang-rewang berinternet so alangkah baiknya buat sesuatu yang bermanfaat..internet ni kalau kita pandai explore,banyak manfaatnya,banyak benda nak share so medium blog adalah yang terbaik untuk berkongsi ilmu dan pengalaman....fuhh mukadimah yang panjang...hehe..dah lama tak menaip kann 

Kembali pada tajuk utama,Belajar Domain n Hosting..

Domain? (alamat rumah)

Domain tu cam nama dan alamat sesebuah blog,contoh blog saya nie www.pyapysha.com,so nama domain nyer pyapysha.com.atau.net,.org,.my n others. 

Kenapa ek susah2 jer nak beli domain bagai,pakai jer blogspot free kan..

kelebihan domain sendiri :
  • Untuk nampak lebih cool..hehe
  • Satu kepuasan sebenarnya dan memberi lebih semangat untuk berblog, yer la dah bayar kan haruslah rajin hupdate blog kan 
  • Senang sikit nak ingat kan daripada www.pyapysha.blogspot.com, tak ker panjang tuu
  • Mesra SEO (Search Engine Optimization) Blog kita mudah terindeks di enjin carian-google,yahoo,bing mudah nak cari url yang pendek daripada url yang panjang yang guna blogspot,berjuta orang guna blogspot,blog korang di mana??
  • Tarik pengiklan - bila kita ada domain sendiri menunjukkan  kita ni serius dalam blogging so pengiklan seperti nuffnang lebih berminat letak iklan diorang kat blog kita..tak mustahil ada orang boleh hidup dengan hanya menjadi fulltime blogger..jual iklan jer kat blog
  • Pelaburan jangka panjang- kalau kita xmau guna nama domain tu lagi,kita boleh jual balik yer . Bisnes jual beli domain ni memang lumayan bagi yang expert la

Hosting?  (tapak rumah)

Hosting tu tempat simpanan data-data untuk blog kita contohnya blogspot. Untuk blog ni saya masih lagi menggunakan platform/hosting blogspot walaupun guna domain sendiri. Saya juga mempunyai dua blog yang menggunakan hosting sendiri yang berbayar sufeekids dan sufeestyle lebih kepada bisnes so haruslah korbankan sikit duit beli hosting untuk menunjukkan kita serius buat bisnes. 

Kelebihan hosting berbayar :
  • Hak milik kita 100% . tak perlu risau kena block ker,remove ker macam kalau kita guna blogspot,blog kita sebenarnya masih belum selamat,ramai jer yang dah terkena blog tetiba diremove oleh pakcik google. kesian kan.. 
  • Mesra SEO - blog kita mudah terindeks di enjen carian
  • Plugin yang pelbagai - merujuk kepada platform wordpress yang saya guna memang banyak plugin yang awsome boleh diinstall kat blog tak yah risau pasal code n html bagai
  • Theme yang menarik - Theme memang cool dan smart hehe...just install sahaja (wordpress)
Sememangnya kita akan pening bila guna hosting berbayar,banyak benda kena belajar,cpanel,ftp dan banyak lagi tapi tak la sampai magrain..huhu..hidup ni kan suatu proses pembelajaran

Cukup dah kot explain pasal domain dan hosting,kalau masih x paham sila tanya pakcik google yer,apa yang dinyatakan berdasarkan pengalaman saya sahaja . Saya juga umpama budak baru belajar hanya ilmu seciput ini boleh dikongsikan.

Camner ek nak buat,haa...kena beli la,untuk domain harga bermula RM 35 di  NetKL dan harga hosting bermula RM 60 ikut pakej. Banyak jer syarikat yang boleh beli domain dan hosting ni dan harganya pun berlainan. Kalau beli hosting akan dapat free 1 domain. Kenapa NetKL? servis diorang memang terbaik,harga boleh la tahan mampu beli 

Blog baru saya ni lebih simple sebenarnya dari sebelum ni serabut jer dengan pelbagai widget. Azam baru semangat baru mahu jadi blogger yang berjaya. Setakat ni ada 3 blog perlu diberi perhatian..Ya Allah bantulah hambaMu ini moga dipermudahkan segala urusan. Ok tata..jumpa lagi di lain entry.


*Latest update 2022 domain price .com RM50








Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama