Percutian Kami Di Redang Mutiara Resort



 

pulau redang


9/5/2022 8AM

Kami bergerak ke Pulau Redang seawal jam 8 pagi. Melalui Baling yang jalannya tiada dalam Waze haha nasib siang hari. Pemanduan diteruskan melalui jalan Grik yang penuh liku dan cabaran dengan jalan yang tak berapa rata berlubang sana-sani. Nak memotong pun kena hati-hati takut tak lepas dengan banyak lorinya seram okeh. Itu belum lagi citer  bab gajah yang tetiba melintas jalan, nasib kami baik tak terserempak dengan gajah. No more jalan Grik dah lepas ni haha serik. 

Perjalanan kami dari kedah ke Terengganu mengambil masa selama 6 jam lebih kurang termasuk singgah sekejap di Tasik Banding. Sampai lebih kurang pukul 2 petang gitu kami singgah makan di area Pantai Penarek. Try sotong celup tepung yang so so jer tapi view kedai memang cantik tepi pantai dengan angin laut menghembus ohh indahnya belum lagi sampai Pulau Redang tuu. Air laut still nampak biru tak berkeladak sangat macam PD haha. Kat sekitar Pantai Penarek ni banyak jer option kedai makan  berderet sepanjang pantai yer . Menu rasa lebih kurang kot seafood goreng tepung, oh yer Terengganu memang femes dengan ikan goreng tepung tapi kami tak try pun maybe next time entah bile kan haha.

Kami meneruskan perjalanan ke Chalet Teratak Samudera Kita di Kampung Gong Badak untuk penginapan 1 malam. Seberang jalan berhadapan chalet ada pantai tapi tak rasa ada orang mandi sebab ombak kuat giler. Di sepanjang gigi pantai diletakkan batu-batu besar untuk menahan hakisan pasir pantai plus tempat melepak. Petang tu kami just jalan-jalan tepi pantai lepak atas batu sambil membiarkan angin bayu laut membelai tubuhku ah gituu fefeeling sangat.

Chalet Teratak samudera kita
Gambar ehsan google



Chalet kami menginap ni ok jer untuk short trip. Murah pun murah RM 90 semalam.  Depan chalet ada kedai makan lagi tapi bukak malam jer rasanya, plan petang tu nak makan malam kat situ lah alih tutup pulak tak pe lah tak ade rezeki kami. Ok malam tu tido awal letih sangat esok kena bangun awal untuk ke Jetty Merang.

Lepas subuh esoknya kami terus bertolak ke Jeti Merang. Jarak lebih kurang setengah jam perjalanan dengan menaiki kereta. Sampai jeti dah tersilap pulak ada dua bahagian rupanya. Chalet yang kami booking Redang Mutiara Resort sebelah lain tapi tak jauh pun sebelah jeti tu jugak cumanya nak menapak dari parking kereta tu jauh la jugak. Tempat parking kereta yang berbumbung di kawasan jety RM 10 sehari. Terdapat beberapa gerai menjual barangan cenderahari,mainan,topi dan juga pelampung,so kalau tak sempat bawak boleh beli di jeti harga kami tak sure. 

Lama jugak lah menunggu botnya konon dalam pukul 8 pagi dah boleh gerak alih pukul 9:30 jugak geraknya. Naik speedboat yer fuhh dia punya melambung tu sakit bontot ok haha, tengok muka anakku dah cuak nasib ok jer tak mabuk laut.

Lebih kurang pukul 11 lebih kami sampai di Resort. Lepas dah settle checkin kami rest jap kat bilik sebelum gerak ke dewan makan untuk lunch. Kebetulan hujan turun tapi sekejap sahaja risau jugak takut trip snorkeling kami cancel petang tu. 

Bilik Chalet ( Sea View chalet)

Bilik yang kami book ni depan pantai kena add extra duit RM 100. Nak view laut punya pasal kan tapi memang cantik sangat view depan bilik kami ni. Tapi yang tak bestnya ada penampakan semut merah kat bahagian pintu,banyak pulak tu. Hadap je lah sepanjang 3 hari kat sana.



chalet seaview sepanjang pantai





Redang mutiara resort


Redang mutiara resort
depan dewan makan,time ni hujan gerimis mengundang



Makanan ( Breakfast, Lunch, Dinner + makan petang )

Makan tengahari termasuk dalam pakej yang kami ambil iaitu bilik+breakfast+lunch+dinner+snorkeling+return bot = RM 350/pax untuk dewasa, RM250/pax untuk budak 4 tahun ke atas.


Kalau ikutkan tekak kami laki bini ni makanan so so jer. Ada menu ayam masak kicap,sambal dan kari, selang seli dengan ikan lebih kurang gitu gak masaknya. Ada la jugak sayur sikit ni menu untuk lunch dan dinner yer. Untuk breakfast dorang masak mee goreng and last day breakfast ada nasi lemak.Dinner untuk malam last ada BBQ itu pun menunya cuma ayam bakar dan nasi goreng. 


Pantai

Pantai di kawasan Redang Mutiara Resort sangat cantik putih gebu gebas tak banyak coral mati di sekitar pantai. Sesuai untuk family yang bawak budak maklumlah budak kan suka sangat main pasir contoh budak girl ni


redang mutiara resort


redang mutiara resort
view from our room

redang mutiara resort




Pantai memang lawa cumanya ombak kuat sangat tak sesuai untuk budak nak mandi. Aku yang dah tua ni pun tercungap-cungap jugak bila mai ombak kuat menghempas ke gigi pantai gituu..terdampar lah kau di situ menahan nafas sambil tertelan air masin. Anak aku dah fobia tak nak mandi dah katanya. Main pasir dah lah anak ek.

 Pantai kawasan Redang Mutiara ni tidak berteluk macam area Pasir Panjang yang lebih tenang dan sesuai untuk budak mandi manda. Pantai area sini juga kurang landai berbanding Pasir Panjang atau Long Beach. Cuma plus pointnya kawasan pantai sini lebih gebu dan kurang coral di pesisir pantai jadi mudah nak berjalan dan berlari larian dengan laki ..eh..




redang mutiara resort

redang mutiara resort




short video depan chalet




Aktiviti

Bila bercuti di pulau antara aktiviti yang menarik adalah island hoping dan juga snorkeling. Pantai kawasan chalet boleh untuk mandi manda tapi tak boleh snorkeling sebab takde coral,ikan pun kurang. So kalau nak snorkeling kena ambil pakej dengan pihak resort. 

 Sepanjang di sana kami join trip snorkeling sebanyak 3x  dan juga extra trip tengok penyu (Turtle Point). Sempat singgah di benting pasir putih depan chalet tapi dah lewat petang so view pun kureng cantik. Nak gambar cantik kena ambil time panas dan awan biru baru nampak terserlah biru air laut tu. 




pulau kerengga besar

redang mutiara resort
singgah benting pasir depan chalet





Time free boleh berjalan-jalan sekitar resort dan juga kita boleh pergi melawat resort mahal di sebelah Wisana Village. Untuk ke sana kena melalui jambatan penghubung dua resort ni. Resort Wisana Village ni lebih private ada lebih kurang 10 bilik je kot. Sesuai sangat kalau korang nak honeymoon.





redang mutiara resort




redang mutiara resort





Waktu malam agak sunyi takde aktiviti sangat untuk dibuat, biasa kami akan tidur awal dan bangun awal esoknya untuk menghayati keindahan sunrise. Sementara tunggu breakfast siap boleh lah berjalan-jalan di pantai merakam moment indah di pagi hari. Sempat lagi rakam anak-anak ketam berlarian atas pasir keluar masuk lubang, satu kerja pulak dok tuggu depa keluar dari lubang sambil rakam




redang mutiara resort
sunrise



Sepanjang kami di sana keadaan cuaca agak kurang memuaskan start dari hari first sampai, malah aktiviti snorkeling kami pada hari first pun diiringi hujan renyai-renyai. Nasib kami baik hari last cuaca ok langit pun kelihatan cantik membiru dan berawan. So hari last baru boleh bergambar cantik-cantik dan menikmati pemandangan laut dan pantai yang terserlah keindahannya. Alhamdulillah rezeki kami sebelum balik.




redang mutiara resort



redang mutiara resort

redang mutiara resort




redang mutiara resort




redang mutiara resort

redang mutiara resort



Actually..ni kali kedua kami bercuti di Pulau Redang ni. First tahun 2016 stay di Redang Lagoon area Long Beach. Memang puas hati sangat dengan Redang Lagoon especially bab makan. Kawasan pantai Long Beach pun landai dan sesuai untuk budak-budak mandi manda sebab laut tenang kurang berombak. Nak snorkeling pun best ye depan chalet jer dah ada banyak coral. Sebab tu masa stay di Redang Lagoon kami tak ikut sangat pakej snorkeling just snorkeling depan chalet jer.Cuma tu la banyak pulak coral mati kat pantai. Long beach pun lebih happening ramai orang yelah banyak resort kan tapi kalau nak lebih privacy better stay di resort Redang Mutira ni. 




Redang lagoon
time anak sorang(depan Redang Lagoon)





Kalau ada rezeki untuk datang lagi bercuti di Pulau Redang ni kami lebih prefer stay di area Long Beach. InnsyaAllah...





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama