Festival Floria Putrajaya 2013


Assalamualaikum..
kembali lagi setelah seminggu menyepi!
yer asyik tertangguh jer nak update blog

Kali ni saya nak kongsi sikitlah pengalaman saya pergi ke Festival Floria di Putrajaya iaitu pada 22/6/13 . First saya pergi ke festival ni pada tahun 2009 tak silap,pastu tahun lepas dan berturutan ke tahun ni..huhu..Tema pada tahun ini adalah bunga orkid,memang sinonim dengan rakyat Malaysia kan,tahun lepas punya tema adalah bunga kertas atau nama glamernya bougainvillea. 

Festival ni bermula dari 22-30/6/2013 so malam last nanti haruslah pergi lagi kan. Motif pergi sampai 2 kali adalah nak borong pokok bunga dan nak tengok pertunjukkan bunga api..best sangat dan romantik gitu bila bersama suami tercinta..khekhe,hari pertama dapat jugak tengok tapi terpaksa bersesak-sesak dengan umat manusia yang tersangatlah ramainya. Ada beberapa tempat yang belum sempat dijelajahi itu pun dah naik lenguh kaki bertawaf. Malam last nanti sambung jelajah kembali. Jom kita layan beberapa keping gambar yang sempat di snap oleh my husband 


bot berhias antara negeri-negeri di Malaysia

mukadimah bunga api


orkid hiasan

waterfall buatan punya

nampak saya x

kepelbagaian orkid

kekwa
 Masuk bilik pameran pun ramai orang sampai terpaksa ditahan oleh guide di situ,dalam bilik pameran ni ada pertandingan landskap antara beberapa buah negara so hasil kerja mereka ni dipamerkan kepada pengunjung di sini

pertandingan landskap


kreatif kan


cantik kan lampu tu


InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan pergi lagi memandangkan jarak antara rumah saya dengan putrajaya cuma 17km jer,nasib baik la dekat kan,suami pun dengan senang hati boleh bawak..hehe,pesta bunga-bunga ni bukan pompuan jer tau yang suka, lelaki pun sama jer,macam suami saya kalau dah dapat snap bunga kesukaan dia macam si orkid tu kompom lupa wife dia..jalan sesorang jer la layan feeling..huhu.Jom ramai-ramai meriahkan suasana di Floria Putrajaya yer

Ok wassalam..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama