Bercuti di Pulau Tioman 2

Assalamualaikum..

Sambungan entry sebelum ni Pulau Tioman 1, saya ada ceritakan sedikit ringkasan aktiviti di sana.

Okeh untuk entry kali ni, saya nak cerita tentang aktiviti paling best kat Pulau Tioman tak lain tak bukan ialahh..Snorkeling, kalau dah pergi pulau haruslah ada aktiviti air kan,takkan nak shopping kot or dok lam bilik jer. Rugi ooo pergi pulau kalau tak buat aktiviti wajib ni,yang penting ada keberanian untuk mencuba dan x perlu pandai berenang pun yer.

First time dalam hidupku snorkeling haruslah rasa teruja kan,memula cuak jugak walau pakai life jaket huhu,saya sebenarnya suka aktiviti air ni tapi x pandai sangat berenang. Alangkah indahnya dasar laut Pulau Tioman,subhanallah,bagi penggemar aktiviti snorkeling memang disyorkan pergi ke Pulau Tioman. Menurut suami kebanyakkan coralnya masih terpelihara berbanding sesetengah pulau di Malaysia seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian sebab dia pernah pergi Pulau Perhentian...huhu. Mungkin dari segi pantai,kurang sikit dari pulau-pulau pantai timur tapi ok jer bagi saya.

Aktiviti snorkeling ni hari kedua dari pagi sampai petang,letih kemain. Antara pulau yang kami pergi termasuk Tulai,Renggis dan Monkey Bay. Tengok gambar dah la yer :


colourfull 
kami di coral island


Coral Island memang awesome..air yang masyaAllah jernihnyer,tp tempat ni just berhenti rehat tenangkan fikiran selepas snorkeling,xde orang tgl kat sini yer. Kalau nak snorkeling pun boleh, kami just rileks2 jer menikmati keindahan alam. Subhanallah...



o

rumah nemo

brain coral

open sea,agak dalam tempat ni

nemo yg omei

da sekor ikan pirate


abg bot tolong amek pic

time ni air dh nak surut so takut terpijak corak yg tajam2 tu...sakit woo


ikan pirate



coral ni akan berkembang jd cam rumah nemo


kat open sea,agak dalam abg bot tlg snap pic




orchin,berbisa kalau terkena kaki ni

pulau tulai@coral island

pulau renggis

Tempat snorkeling paling best adalah Pulau Renggis,pulau ni area kg Salang. Masa tu mungkin air tengah surut kot jadi agak cetek untuk snorkeling sampai tak boleh berdiri bayangkan takut terpijak dan tersangkut coral..huhu,teruja tengok coral yang memang lawa2 kami berdua sepakat snorkeling mengelilingi pulau tu,kecik jer pun tapi memang termengah-mengah la buat kuak lentang yang x bape nak menjadi lastly suami tolong tarik ke bot..hehe

Malam tu memang x boleh tido terbayang-bayang coral dan ikan yang cantik-cantik..Ya Allah,ku bersyukur di beri peluang menikmati indahnya ciptaanMu ini,sesungguhnya nikmat itu tak mampu ku dustakan. 

Habis sudah episod Pulau Tioman,kesimpulannya memang terbaik ah snorkeling di sini sampai suami cakap nak datang lagi, inn sya Allah yer sayang ada rezeki lebih kita pasti datang lagi.Wassalam..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama