Sambungan entri Lombok hari first di sini
 |
cun tak? |
Hari kedua di Lombok,kami plan nak ke Gili Trawangan dan bermalam di sana semalam,kami perlu naik speed bot lebih kurang 20 minit dari jeti,so sampai di jeti dalam setengah jam dari hotel,tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk kami naik bot,hujan pulak renyai-renyai time tuh memang membahayakan tambah-tambah bawak baby dengan angin kuat,sejukkk..kesian my baby.
So kami terpaksa cancelkan trip ke Gili Trawangan dan tukar ke trip Tanjung Ringgit,harga kena bayar lebih sikit sebab jauh perjalanannyaa...3 jam okeh dari Senggigi..
Fuhh..akhirnya berpeluang jugak pergi ke Tanjung Ringgit yang ohsem,sepatutnya pergi hari first,driver tu tak nak bawak..hangin jerr..takut rosak kereta dia kot,yer nak pergi Tanjung Ringgit harus naik 4x4 baru sedap sikit,tapi kami naik mpv ja ngan pakcik hotel ni...ok jer pun walaupun hazab jugak nak sampai sana..jalannya aduhh..tapi memang berbaloi pergi..percayalahh !!
 |
on d way |
Jalan masih belum berturap,inn sya Allah bulan 6 ni dah cantik jalannya..bilang bapak driver..hehe.. jangan risau korang dah tak perlu hadap pengalaman 'mahal' macam kami ni..haha
Perjalanan sememangnya agak mencabar tapi kami di sajikan dengan pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan menuju ke Tanjung Ringgit. Kami melalui beberapa kampung yang kelihatan agak dhaif, terdapat juga kampung yang tidak mendapat bekalan elektrik dan air..bayangkan.. sedih dan menginsafkan..sob..sob
Driver kami cakap dia teringin datang ke Malaysia, sebabnya bagi mereka Malaysia sebuah negara maju yang ada banyak bangunan cantik jadi tak perlu pergi jauh pergi Malaysia jer..gitu bangga jap kami..haha
Hakikatnya masih ada kawasan pedalaman Malaysia yang dhaif macam ni. Tapi still lah kami berbangga menjadi rakyat Malaysia
 |
tetiba jumpa benda alah ni..huhu |
 |
sabo ja lah..jalan dalam pembikinan
|
 |
Jeeva Beloam ni satu-satunya hotel di Tanjung Ringgit...haruslah cantik untuk orang ada-ada sahaja :)) |
 |
alolo..sedih pa ntah
Setelah berpenat lelah selama hampir 3 jam perjalanan,akhirnya tiba jua di sini...alhamdulillah,cuaca pun elok jer tak hujan..
|
Subhanallah..kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah,..terpana diriku..
Hanya kami sahaja di situ yer, Hidden gem. Breathtaking view. Lawa sangat weh.
Tiada kata-kata mampu ku ucapkan,terpaku sejenak..biar gambar sahaja berbicara..,hanya kami berempat di situ bersama pakcik driver,sunyi sepi menghayati panorama indah dari atas bukit...rasa cam tak mau balikkk..oh syurga dunia..,bapak tu bilang di situ memang selalu ada orang camping untuk melihat keindahan sunset..di seberang laut ni merupakan sempadan Australia..Darwin kot tak silap..cerr gugel..huhu
Tempat ni masih belum komersial..masih dara lagi,bertuah orang Lombok dikurniakan tempat secantik ini..tapiii masih ada orang Lombok yang tak tahu pun kewujudan Tanjung Ringgit nih..silalah percaya okeh..huhu..jom berposing walau panas membahang..redah jer!!
- Di kenali sebagai pulau seribu masjid..banyak sangat mesjid okeh
- Banyak Gili (pulau kecil) di Lombok,paling femes Gili Trawangan,tapi kalau nak snorkeling dan sewaktu dengannya better pergi Gili Nanggu,kerna masih alami (belum famous)
- Bulan 4-9 best time pergi...laut tenang
- Tempat wajib pergi adalah...Tanjung Ringgit..hehe
- Better menginap di Kuta sebab dekat sikit nak ke Tanjung Ringgit (perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit),kalau menginap di Senggigi lebih dekat dengan Gili Trawangan
- Kalau suka Hiking atau lasak boleh pergi panjat Gunung Rinjani
- Pantai cantik di sekitar Kuta yang wajib pergi antaranya Pantai Kuta,Pantai Mawun,Tanjung Aan..banyak lagi yang cantik sebenarnya,kalau sempat pergi jer...
Okeh,tu je la kot,sekadar perkongsian,moga bermanfaat...:)
MasyaAllah cantiknya ciptaan Allah..biru airnya
BalasPadamTak sangka kt lombok pun ada tmpt menarik selalu tahu cerita yg negatif2 je hihi..